:: KAKI LANGIT ::

Memaparkan catatan dengan label :: Lukisan Hatiku ::. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label :: Lukisan Hatiku ::. Papar semua catatan

Isnin, Mac 08, 2010

:: JANGAN TANYA ::



Jangan tanya jika kau melihat aku tiba2 diam
Kerana lidahku telahpun kelu untuk berbicara apa2 pun denganmu
Jangan tanya jika kau mendengar aku tiba2 bersuara
Kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan padamu

Jangan tanya mengapa aku hanya tersenyum melihatmu
Kerana kau akan terluka dengan senyumanku itu
Jangan tanya jika aku tidak sudi memandangmu
Kerana jika memandangmu hatiku bertambah sakit

Jangan tanya jika aku pergi dari sisimu tiba-tiba
Kerana aku perlukan waktu untuk bersendiri
Jangan tanya kenapa ku coretkan puisi ini untukmu di sini
Kerana aku sendiri tidak tahu ke mana harusku lontarkan gejolak rasa

Jangan tanya di mana aku sembunyikan dukaku
tanpa air mata tanpa zahirkan kecewa
Jika kau memahamiku
Kau tentu tahu
Tanpa perlu kau bertanya apa2 padaku
Kerana aku bukanlah KAUNTER PERTANYAAN untukmu

Jangan tanya kenapa aku tidak pernah luahkan perasaan rinduku padamu
Kerana aku bimbang rinduku akan terbang di angin lalu
Jangan tanya mengapa aku terus sendiri selepas kepergianmu
Kerana hatiku masih lagi keliru tentang perasaanku
tentang sepi yang mengasak hari2 ku

mengapa sepi jadi sunyi
Kenapa sunyi seringkali bersama hati
mengapa hati selalu begini
bila luka jadi duka
bila duka mula bersatu
tanpa rindu tapi penuh dengan dendam
bila dendam bertatah pilu
Riang jadi hilang
hilang tanpa bayang
bayang-bayang semalam
masih segar dalam ingatan
mencari satu pengertian
Ikatan sebuah percintaan
antara kau dan aku!

Selasa, Mac 02, 2010

:: MANA BICARA? ::


Kalau dulu aku sering bertemankanmu
kini aku bertemankan pena
tak kisahlah~~aku dah tak kisah~~
mana bicara
siapa punya
itu hanyalah sementara saja
sedetik bukanlah lama
bagaikan terdengar-dengar bicara itu
dan aku seringkali berfikir
tidak lelahkahmu bersuara
memanggil-manggil namaku
membisikkan kau rindu
tidak penatkah kau berbicara
meskipun kau tahu aku akan terus membisu
membisu kerana ku tahu
bicaramu hanyalah di angin lalu~~~

Isnin, Mac 01, 2010

:: MANA PELANGI? ::


Baru sebentar tadi hujan turun dengan lebatnya
daripada tujuh petala langit yang indah ciptaan Ilahi,
Guruh berdentum semahu - mahunya,
kilat pula memancar seterang -terangnya.MANA PELANGI?
Aku tak tahu mengapa begitu sukar
untuk melihat cahaya pelangi yang indah itu.
Mungkin belum tiba
masanya untuk pelangi muncul pada saat ini.
Aku pasrah. Mungkin aku dan pelangi akan bertemu
suatu hari nanti~~
Dan aku akan sabar menanti
untuk menikmati warna-warna indah itu.(^^,)