:: KAKI LANGIT ::

Rabu, Mac 03, 2010

:: KISAH SURAT LAYANG ::






















Sepucuk surat layang itu...
benar-benar ditujukan untuk aku
Tanpa salam, kau mulakan bicara
bicara yang menyakitkan
mata dan hati

Sepucuk surat layang tu...
memang aku kisah
entah siapalah pengirim
kawan atau lawankah
aku sendiri tertanya-tanya
siapakah gerangannya

Sepucuk surat layang itu...
Benar-benar mengusik hati dan jiwa
Ingin sahaja aku membalasnya
tapi, kepada siapa?

Sepucuk surat layang itu...
membuatkan kuterfikir bahawa
adanya makhluk Tuhan yang suka
melempar batu kemudian sembunyikan tangan

Sepucuk Surat layang itu...
Siapakah yang menulisnya
kemudian melayangkan padaku
dengan bahasa2 kasar tanpa alas
Salah apakah aku padamu?

Sepucuk surat layang itu...
pertama kali kuterima
bukan teguran mahupun nasihat
itu adalah hinaan + cacian
mengapa begitu kejam?

Sepucuk surat layang itu...
Terlalu menjaga tepi kain aku
mengkritik tentang penampilan aku
katanya akulah mangsa fesyen
Patutkah sebegitu?

Sepucuk surat layang itu...
kononnya dialah perunding imej
dialah pengikut fesyen
dialah yang terbaik
dialah yang sempurna di mata semua orang
tak sedarkah dia kata2 itu terlalu angkuh
terlalu bongkak
meskipun tak dinyatakan
aku mampu memahami maksud tersirat
maksud tersirat di sebalik kutukan terhadapku

Sepucuk surat layang itu...
kini tinggalkan tanda tanya padaku
siapakah pengirim?
mengapa terlalu berani mengkritik?
mengapa terlalu pandai mencaci?
Tidak pernah kurasakan setegang ini
mengapakah tidak bersemuka?
pengecut!!!
sungguh pengecut
pengirim surat layang itu

Sepucuk surat layang itu...
Akhirnya kugumpal, kubuang ke dalam bakul sampah
kata rumateku pedulikan surat layang tu
jangan ambik port sangat
tapi, aku tak boleh
aku tak boleh melupakan kata2 yang tercoret
pada surat layang itu
meskipun telah kubuang ke dalam bakul sampah itu
tak mungkin kulupa penghinaan sebegitu

Aku juga makhluk Tuhan
ada hati dan perasaan
jangan kerana tidak senang melihatku
kau hamburkan cacian dan hinaan
yang kaucoretkan pada sehelai kertas putih
yang tidak bedosa

Aku tak kisah
kalau kata2 mu lembut
beralas dan beradap
gaya menasihat dan menegur
bukan dengan gaya sebegitu
biadap dan kurang ajar
seolah-olah aku musuhmu
padahal setahu dan seingat aku
aku tidak mempunyai musuh
kerana aku tidak suka bermusuh
lantaran hidup bermusuhan
hanya akan mengembirakan syaitonnurrajim

memang aku kisah
jika surat itu untuk aku
memang aku kisah kerana kau terlalu
lantang menarikan pena
tetapi pengecut dan lemah semangat
untuk mendepani aku

Terlalu emosionalkah aku terhadap
surat layang yang tidak bernama pengirim itu
memang dan memang aku emosional
mencoretan kata2 ini
sebagai tindakbalas teradap surat layang itu
kerana aku merasakan maruah dan harga diri
telah kau pijak2 semahu2nya
meskipun aku tidak berdosa kepadamu
tapi mengapa menjadi mangsa ketidakpuasan
dan ketidaksenangan hatimu terhadapku

Memang aku kisah
tentang surat itu
terlalu banyak penghinaan
terlalu banyak cacian
tidak sesekali aku memaafkanmu
kerana kau telah menyakitiku
dan memperkotak katikkan maruah dan harga diriku
sebagai seorang manusia dan makhluk Tuhan~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan