:: KAKI LANGIT ::

Selasa, Mac 30, 2010

:: MATA MAMA ::


Nama aku Sofia Hanim.Sedap nama tu. Mama aku yang berikan.Tapi aku sebenarnya benci pada nama itu kerana mama yang memberikan aku nama itu.Tidak cukup dengan itu,aku sebenarnya sangat membenci diriku sendiri kerana aku tidak mampu menyayangi mamaku seadanya. Aku dilahirkan di dunia ini pada 14hb March 1984.Aku membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita.Bukan aku hendak membanggakan diriku.Tapi itulah hakikat sebenarnya diriku.Kenapa aku benci pada mama aku?Aku dilahirkan di dunia ini tanpa papa! Aku sendiri tidak tahu siapa papa aku..Di mana dia..namanya pun aku tidak tahu.Apa yang pasti, aku dibintikan dengan nama Abdullah,yang bermaksud Hamba Allah.

Ya..Sofia Hanim Binti Abdullah.Aku cuba menerima kenyataan bahawa aku adalah anak luar nikah,tapi terlalu perit dan pahit untukku telan kenyataan itu.Dari kecil lagi aku sering bertanya pada mamaku..Di manakah papa?Siapakah papa?Kenapa mama lahirkan aku tanpa papa?Tapi mama aku selalu mendiamkan diri setiap kali aku bertanyakan hal itu.Bisukah mama?Waktu itu aku baru berusia 5 tahun.Usia sementah itu membuatkan aku tidak mengerti apa sebenarnya yang bersarang dalam fikiran mama.Malah aku juga tidak mengerti apakah erti titisan air mata mama yang berlinangan.

Hari demi hari berlalu.Keinginan aku untuk tahu mengenali identiti diri aku semakin kuat.Namun mama sendiri yang membiarkan aku hidup dengan seribu satu persoalan.Persoalan tentang identiti diriku sendiri yang seakan-akan kabur.Aku masih ingat lagi,sewaktu namaku diumumkan sebagai pelajar terbaik terbaik PMR,perut aku memulas-mulas kesakitan.Apa kena la dengan perut aku ni..Masuk angin agaknya. Tanpa sengaja aku telah mencuri dengar perbualan antara 2 orang guru yang kukenali suaranya. Mereka berbual mengenai diri aku yang membesar tanpa seorang ayah sejak lahir.

“Cikgu Eza!Saya dengar ,pelajar terbaik PMR, Si Sofia Hanim tu anak luar nikah kan?Betul tak cikgu?”

“Ish...Siapa yang buat cerita tu?”

“Alah cikgu..dah 3 tahun Hanim kat sekolah ni..Tak pernah pun saya nampak ayah dia!Dengar kata..Sejak dari lahir lagi Sofia Hanim tak berayah..”

“Mana Cikgu Su tahu tentang ni? Tak baik cikgu fitnah sebarangan.Bukankah fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!”

“Kalau cikgu tak percaya tentang ni, cikgu tanyalah sendiri Puan Roslida tu..pasti dia akan diam tiba-tiba bila cikgu timbulkan hal ni!”

Air mata aku menitis laju mendengar perbualan itu.Kata-kata umpatan itu cukup melukakan hati aku.Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku benci penghinaan itu.Aku cuba menguatkan hati aku.Aku kesat air mata yang mengalir di pipiku.Namun kesannya tetap ada.Jiwa aku terluka dan sengsara.Wajarkah aku tanggung seorang diri semua kelukaan dan penderitaan ini?Wajarkah?

************************

Aku berjalan memasuki banglo milik mamaku.Banglo yang diberi nama Permataku Sofia.Mungkin kerana aku adalah satu-satunya anaknya,maka pangkal namaku diabadikan sebagai penghujung pada nama banglo itu.Halaman banglo yang menghijau dengan dedaunan menyebabkan aku selesa mendiaminya.Tapi aku sunyi.Sunyi kerana tiada teman untuk berbual.Mamaku seorang yang berkerjaya.Setiap kali aku pulang dari sekolah,mama tidak pernah ada dalam banglo itu.Hidup aku sunyi.Sunyi seolah-olah hanya aku sendirian di dalam banglo mewah itu.Kadang-kadang aku terfikir juga tentang diri aku.Untuk apa aku dilahirkan di dunia ini kalau dibiarkan tandus dan gersang tanpa kasih sayang mama.Di manakah mama saat aku kesedihan dan kesunyian.Disebabkan keletihan,aku kadang-kadang tertidur di atas sofa.

Aku tidak mempunyai ramai kawan di sekolah.Entahlah,aku sendiri tidak tahu kenapa aku seolah-olah tersisih daripada kelompok pelajar perempuan.Ada la dalam 2 atau 3 orang sahaja yang rapat dengan aku.Paling rapat dengan aku Soffian.Dia lebih senang aku memanggilnya abang.Pada mulanya aku agak kekok juga memanggilnya dengan gelaran “abang”, maklumlah aku tiada abang mahupun kakak.Aku adalah anak tunggal kepada mamaku.Namun disebabkan hubungan kami yang agak akrab,aku tak keberatan memenuhi permintaannya itu.Lagipun tidak salah rasanya kalau aku memanggilnya seperti itu memandangkan dia lebih tua dariku 2 tahun.Secara tidak langsung aku pelajar yang bakal menduduki PMR dan dia bakal menduduki SPM ketika itu.Oleh sebab kepintaran Soffian dalam pelajaran,aku sering mendapat tunjuk ajar darinya.Disebabkan itulah aku menyandang gelaran pelajar terbaik PMR.

Aku menyintai Soffian dalam diam,bukan kerana ketampanan paras rupanya tetapi kerana keperibadiaannya yang tinggi.Setiap kali aku berjumpa dengannya,hatiku berbunga riang.Hidupku ceria dan kembali bersinar dengan bunga-bunga cinta yang mekar dalam hatiku.Tapi aku tidak pernah sekali-kali meluahkan perasaan aku itu.Aku takut ianya dikhianati dan dipersiakan.Aku takut Soffian menolakku bulat-bulat kerana identiti diriku yang masih kabur. Ya!Soffian tentu pernah mendengar bahawa aku adalah anak yang dilahirkan dari rahim yang kotor,kalau tidak masakan aku dilahirkan tanpa ayah di dunia ini.Cintaku yang terbit dari jiwa yang suci itu akhirnya disedari oleh Soffian.Kuatnya getaran perasaana aku bila Soffian menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku permaisuri hidupnya.Tidak kisahkah Soffian tentang identiti diri aku?Tentang keturunan aku yang masih kabur?Aku masih ingat lagi,waktu itu aku berumur 20 tahun ketika menuntut satu universiti dengan Soffian.Petang itu,Soffian membawaku keluar bersiar-siar di KLCC.Berhampiran dengan KLCC terdapat sebuah tasik.Soffian mengajakku berbual-bual di situ.

“Pia..Abang nak tanya,apa perasaan Pia pada abang?”Soffian merenung ke dalam mataku.Aku tertunduk malu.

“Pia..???”Soffian mengangkat daguku.Aku menepis lembut tangan Soffian.Aku lantas membalas renungan itu.

“Macam biasa.. macam adik sayangkan abangnya! Kenapa?”Aku cuba berselindung di sebalik kata-kata.

Soffian hanya tersenyum.Menggoda!Aku memalingkan mukaku ke arah lain.Aku tidak sanggup melihat senyuman menggoda itu.

“Pia...sejak bila Pia pandai menipu ni?Abang dapat rasakan yang Pia berbohong!Pia sebenarnya sayangkan abang lebih daripada itu kan?Abang kenal Pia bukan sehari dua tahu tak,tapi dah hampir 6 tahun kita kenal!”

Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun rupa-rupanya aku dan Soffian saling mengenali.Aku sendiri langsung tidak terfikir bahawa hubungan kami berpanjangan hingga ke menara gading.

“Abang..Pia minta maaf kerana berbohong dengan abang.Pia sebenarnya takut..”

“Apa yang Pia takutkan?Semua insan sama sahaja di sisi-Nya.”

“Abang tahukan kehidupan Pia selama ni?Pia tak pernah kenal pun siapa papa pia..di mana dia..wujudkah dia???Pia.....”

Soffian menutup bibirku dengan jari jemariku.Aku terdiam.Kata-kata yang ingin aku lontarkan terus mati begitu sahaja.Air mataku jatuh lagi.

“Cukup Pia...Cukup!Abang tak pernah pedulikan semua tu...Bagi abang,cinta itu suci dan tulus..Tentu Pia tahu,abang sangat cintakan Pia!Abang takkan persiakan masa depan Pia dengan abang..Walau apapun berlaku,Pia tetap di hati abang...Sanggupkah Pia sehidup semati bersama-sama dengan abang?”Soffian menyapu air mata yang mengalir di pipi aku dengan jari jemarinya.Aku hanya membiarkan.

“Bagaimana dengan mak dan ayah abang?Apakah mereka akan merestui hubungan kita nanti?Pia takut bang..Pia takut!”

“Mak dan abah abang dah lama pergi.Masa tu abang masih kecil lagi.Mungkin Pia tak tahu sebab abang tak pernah bagi tahu sebelum ni pada Pia bahawa abang dibesarkan di rumah anak yatim.Abang anak yatim piatu Pia..Tiada mak tiada ayah..Tapi abang redha semua tu.Mungkin Allah lebih sayangkan mereka..”

Aku terkejut dengan pengakuan Soffian itu.Ternyata selama ini ada penderitaan dalam hidupnya.Namun semua itu seakan-akan tenggelam oleh keceriaan yang ditunjukkannya selama ni.Aku sendiri tidak menyangka yang aku dipertemukan dengan seseorang yang hampir senasib denganku.Mungkin aku lebih bernasib baik kerana masih mempunyai mama.Tapi aku masih dahagakan kasih sayang mama yang sejak kecil lagi aku dambakan.

“Pia..Sudikah Pia menerima abang seadanya?”

Soffian memandangku. Aku sempat membaca lirikan matanya yang bersinar itu.Penuh pengharapan.Mungkin aku telah ditakdirkan untuk lelaki yang bernama Soffian ini.Aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya dia sebahagian daripada jiwa aku.

**********************

Hari itu aku menyelongkar kebenaran.Kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh mama.Aku melangkahkan kaki perlahan-lahan ke bilik mama.Aku yakin mama pasti balik lewat lagi seperti hari-hari yang lepas.Satu persatu laci kubuka.Bermula dengan laci yang paling bawah sekali dan berakhir dengan laci yang paling atas sekali.Bagaimanalah agaknya reaksi mama jika mengetahui yang aku sedang mencari “sesuatu”?Apakah mama akan menghalau aku dari rumah?Tak!Mama tak sekejam itu...!Jadi akukah yang kejam kerana mencurigai mama???Ah!!!Pedulikan semua tu..Mata aku terpaku tiba-tiba pada buku yang tertulis perkataan “DAIRI”.Ya..Inilah yang aku cari-cari...Aku mencari dan terus mencari..Dan aku hampir menemui kebenaran yang kucari..

“Aku selamat dinikahkan dengan Fakhrul Hakim atau nama sebenarnya Abdullah dengan hanya berwalikan hakim.Disebabkan tidak mendapat restu oleh keluarga aku,hidup kami tidak pernah tenang malah seringkali ditimpa kesusahan.Takdir Tuhan penentu segala-galanya..Suami aku mengalami kemalangan.Kukira itulah kemalangan paling ngeri pernah berlaku..Tubuh suamiku hancur berkecai kerana digilis oleh tayar lori yang menggila.Hanya tinggal cebisan-cebisan daging yang bersalut darah bertaburan di jalanan.Ngerinya peristiwa itu membuatkan tidur malamku dihantui titisan darah yang terpercik di sana sini.Aku kini sendirian tanpa suamiku..Terasa baru semalam aku berbual-bual dengannya tentang cahaya mata yang bakal aku lahirkan nanti..tentang masa depan zuriat yang bakal dinamakan SOFIA HANIM..”

Aku mencari-cari lagi “sesuatu” itu..Ya!Aku jumpa sekeping gambar mama bergambar mesra dengan seorang lelaki berlatar belakangkan satu permandangan yang indah di satu tempat yang dikelilingi salji dan dibelakang gambar itu tertulis..

’Kenangan “honey moon” di New Zealand..’

**********************

Hari bahagia aku kini menjelma.Sekilas aku memandang cincin perkahwinan aku dengan Soffian di jari manisku.Kami melangsungkan perkahwinan kami pada 14 March lalu.Kata Soffian,dia sukakan tarikh lahir aku kerana baginya “One four three” bermaksud “I Love you”.Aku hanya tergelak kecil mendengarkannya.Hari yang berbahagia itu nanti akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kami nanti.Walaupun Sufian mampu membeli rumah lain untuk kami diami,tapi hasrat untuk mmbeli rumah tenggelam begitu sahaja.Mama aku meminta kami agar tinggal di situ bersama-sama dengannya. Menurut mama,banglo itu nanti akan menjadi kepunyaan aku juga suatu hari nanti jika mama telah tiada lagi.Mama tidak mahu aku tinggal berjauhan dengannya memandangkan mama sering sakit-sakit sekarang ini.Aku sendiri tidak tahu apakah sakit mama.Aku bimbang apabila mama sering menelan ubat-ubatan yang pelbagai jenis dan saiz.

Sejak aku mendirikan rumah tangga dengan Soffian. Mama mula mempedulikan aku.Malah mama dah banyak berubah.Mungkinkah kerana aku semakin meningkat dewasa dan lebih memahami?Aku sendiri tidak mengerti semua tu.Tapi aku yakin,kasih sayang aku juga mula berputik untuk mama.Benarlah kata Soffian,mama sebenarnya sayangkan aku.Mungkin disebabkan oleh sebab-sebab tertentu mama gagal mempamerkan kasih sayangnya pada aku.Aku bahagia dengan Soffian.Dia seorang yang pandai mengambil hatiku.Walaupun kami berkahwin sebelum tamat pengajian, namun Soffian masih lagi berjaya mencapai cita-citanya menjadi Seorang doktor.Meskipun Soffian sentiasa sibuk dengan kerjanya,namun dia tidak pernah melupakan kewujudan aku disisinya.

**********************

Aku membuka mataku perlahan-lahan.Terasa perit dan pedih pada kelopak mataku.Aku masih tidak mengerti kenapa pandanganku masih gelap gelita.Bukankah aku telah membuka kelopak mataku itu?Di manakah aku?Kenapa aku tak nampak apa-apa pun!Ke mana menghilangnya cahaya!Ah..mata aku...Aku tak nampak cahaya lagi..

“Sayang..”Aku mendengar satu suara mendekatiku.Begitu dekat sekali di telinga aku,seolah-olah suara itu berbisik.Aku kenal suara itu. Soffian!Ya,Soffian!!!

“Abang..Kenapa gelap!Pia tak nampak apa-apa pun!!!”

“Sayang..Sayang accident!Sekarang ni sayang berada di hospital.Kedua-dua mata sayang cedera teruk akibat tertusuk objek tajam..Alhamdulillah.. sayang tak cedera apa-apa pun melainkan mata..Jangan sedih sayang,sekejap lagi mata sayang akan dibedah.Ada seorang penderma yang sudi mendermakan matanya untuk sayang..”

“Siapakah penderma tu bang?Kenapa dia nak dermakan mata dia untuk Pia?”Aku rasa seperti ingin menangis..tapi kenapa air mataku tidak juga mengalir.

“Dia pesakit di hospital ni. Nanti sayang akan tahu siapa orangnya. Sayang..Walau apapun berlaku,abang tetap sayangkan sayang seumur hidup abang..” Soffian memeluk erat diriku.Dia menangis tersedu sedan.

Beberapa minit kemudian jururawat masuk ke dalam bilik itu.Mata pesakit itu akan ditukarkan dengan si penderma.Soffian memandang sayu ke arah isterinya dan ibu mertuanya yang dibawa serentak ke bilik pembedahan..Besarnya pengorbanan si ibu hingga sanggup mendermakan miliknya untuk si anak yang disayangi..

“Biarlah mama sahaja yang mendermakan mata mama untuk Hanim..Lagipun hayat mama tak panjang..Mama tak nak Hanim cacat penglihatan seumur hidup..Mama rasa inilah salah satu cara yang terbaik untuk mama tebus semua kesilapan mama masa lalu.Hanim dah banyak menderita kerana mama.”

Kata-kata ibu mertuanya itu tadi masih terngiang-ngiang lagi ditelinganya.

***********************

Alhamdulillah...Pembedahan telah berjaya dilakukan.Aku telah dapat melihat semula setelah ikatan pada mata aku dibuka.Orang pertama yang aku cari adalah mama.Sudah lama aku tidak mendengar suara mama.Malah,mama langsung tidak melawat aku dihospital.Terlupakah mama pada aku?Aku rindukan mama...Hampanya orang yang kucari tiada di situ.Perasaan aku sedih tiba-tiba.Di manakah mama?Benci lagikah mama pada aku???

“Sayang...Kenapa ni?”Dari tadi lagi abang kat sini,tapi sayang langsung tak pandang abang pun!Sayang cari mama erk?”

Aku hanya mengangguk.Lemah.

“Mama ada kat rumah,sayang.Mama tak dapat datang tengok sayang..Mama sedang sakit sekarang ni..”

“Abang...Pia dah boleh balik kan?Bawa Pia balik sekarang.Pia nak jaga Mama!”Aku merengek bagaikan anak kecil.Soffian tenang memandangku.Dia menghadiahkan aku senyuman mesranya.

“Baiklah sayang..Kita akan jaga mama sama-sama nanti..”Bisik Soffian di telingaku.

Perjalanan kami ke Banglo Permataku Sofia terasa begitu lama sekali.Aku menguap beberapa kali.Lagu Spin yang bertajuk “Janji Kita” yang dipasang oleh Soffian bergema di dalam kereta honda yang meluncur laju itu.Irama lagu itu yang rancak menyebabkan aku tidak jadi melelapkan mata.Fikiran aku kini melayang-layang entah ke mana.Perbuatan aku itu rupa-rupanya menarik perhatian Soffian.

“Sayang..Kalau ngantuk tidur la..Jangan paksa diri dengar lagu tu..hehe..”Suara Soffian menghentikan lamunan aku.

“Abang ni kacau je la..”Aku buat-buat marah.

“Sayang ni..Makin marah makin cantik la!”

“Ish abang ni..Teruk la!Alah..Mana Pia boleh lupa,abang pernah nyanyikan lagu ‘Janji Kita’ untuk Pia..Nak dengar abang nyanyi skali lagi lagu tu boleh tak?”Aku tersenyum manja.

“Untuk sayang semua boleh!Tapi kalau abang nyanyi,sayang jangan tidur tau..”

Dan seperti yang diduga, Soffian menyanyikan lagu itu untuk aku.Nyanyiannya begitu membuai perasaan aku.Aku pura-pura tidur.Sengaja aku lentokkan kepala aku di bahunya.Aku bahagia.Bahagia apabila diri disayangi oleh suamiku yang tercinta.

“Sayang!Kita dah sampai..Bangunlah sayang..Tadi kan abang dah pesan jangan tidur waktu abang nyanyi...”

“Pia main-main je tadi..Tak sangka boleh terlena terus..Ala...abang jangan la ambil hati ye!Em...Kenapa tak kejutkan Pia tadi?”Aku buat-buat merajuk pulak.

“Sayang ni..Abang tak sampai hati la nak kejutkan sayang tadi.Lagipun abang tahu sayang mengantuk tapi buat-buat tak ngantuk pulak..Abang tak ambil hati la..Dah la tu..Tak nak turun lagi ke?”

Soffian membukakan pintu kereta untuk aku.Romantik betu la dia ni.Layan aku macam puteri raja!Hehe..

“Sayang demam ker?Kenapa senyum sorang-sorang ni?”

Alamak..Warga prihatin betul la Soffian ni.Aku senyum sorang-sorang pun dia perasan gak..Alahai,nampaknya lepas ni kalau aku nak snyum terpaksalah aku ajak dia sekali!

***********************

Aku melangkah masuk ke dalam banglo itu.Terasa sunyi kembali mengcengkam.Mana mama?Aku segera mendaki tangga menuju ke bilik mama.Aku melihat mama di pembaringan.Sayu dan pilu dihatiku mula bermukim.

“Mama..Hanim datang ma..”Aku sangkakan mama tengah tidur nyenyak.Jadi aku tidak sampai hati untuk mengejutkan mama tidur.

Soffian kemudiannya mengajak aku ke bilik bacaan,bersebelahan dengan bilik mama.Katanya tidak mahu mengganggu mama.Aku menurut sahaja.Mungkin itu lebih baik.

“Sayang..Ada sesuatu yang abang nak sampaikan pada sayang..”Soffian tiba-tiba bersuara.

“Apa dia bang?”

“Tentang mama...”Soffian diam sejenak.Aku mula tertanya-tanya.Pelbagai persoalan bermain-main di kepalaku..

“Kenapa dengan mama?”

“Sayang..Dengarlah baik-baik apa yang abang nak sampaikan ni..Mama sayang menghidap penyakit kanser buah pinggang.Malah kanser yang dihidapi oleh mama adalah kanser yang telah mencapai peringkat yang serius..Kanser buah pinggang adalah kanser yang sangat sukar dirawat dan ia tidak bertindak balas kepada rawatan kemoterapi atau terapi hormon yang digunakan bagi merawat kanser lain.Sayang..mama sayang tak pernah bencikan sayang..Mata yang sayang miliki sekarang adalah kepunyaan mama sayang..Ya sayang,mama sayanglah yang mendermakan sepasang mata itu untuk sayang..”

“Abang...Pia menyesal abang..Pia menyesal!Selama ni Pia terlalu benci pada mama hingga Pia sendiri terlupa untuk mengambil berat tentang diri mama..Malah Pia telah membuat kesilapan yang paling besar dalam hidup Pia..Pia telah menghukum mama tanpa alasan yang kukuh...”

“Maksud Pia???”

“Bang..Pia bukan anak haram!Pia bukan anak luar nikah!!Pia dilahirkan atas ikatan yang suci antara mama dengan papa!Mungkin disebabkan oleh keinginan yang kuat untuk tahu identiti Pia...Pia membaca dairi kepunyaan mama tanpa izin..Pia langsung tidak menyangka bahawa mama terlalu menderita sebelum melahirkan Pia ke dunia ni..Mama kehilangan papa tanpa kerelaan..Mama fikir dengan cara menyembunyikan penderitaannya itu Pia akan bahagia..Tapi mama silap..Silap kerana menyembunyikan kebenaran..Pia berdosa abang..Pia berdosa kerana menambahkan lagi penderitaan mama..”

“Pia...Bersabarlah..Ni semua ujian daripada Yang Maha Kuasa..”

Kami tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi sesuatu.Kuat!Cukup kuat!!!Bunyinya persis sesuatu yang jatuh.Tanpa membuang masa aku dan Soffian bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Mama!!!”.Aku menjerit memanggil nama mama.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat mama tertiarap dengan berlumuran darah.Mama jatuh daripada tangga!Aku cepat-cepat merangkul mama..Mama,jangan pergi mama..Hanim perlukan mama!Hanim sayangkan mama...

“Sayang..lekas kita bawa mama ke hospital.”Soffian dengan pantas mendukung mama ke kereta miliknya..

Aku hanya mampu menangis melihat keadaan mama yang sangat lemah.Muka mama pucat.Mungkin disebabkan darah mama yang keluar terlalu banyak.

Di hospital, mama dimasukkan ke dalam bilik ICU.Lama mama berada di dalam.Aku semakin risau.Jantung aku berdegup begitu pantas sekali!

Tanpa secalit senyuman,doktor berkenaan mendekati kami.

“Puan..Encik..Kami telah berusaha sedaya upaya kami,tapi Allah lebih menyayangi beliau..Bersabarlah..Ini semua ujian daripada-Nya...”

“Tidak!!!Saya tidak percaya!!!Saya nak tengok mama saya sekarang!”Bagaikan hilang akal aku berlari-lari menuju ke arah katil beroda yang membawa mama aku pergi..

Arghh..mama!Tangisan aku makin kuat apabila membuka kain putih yang menyelimuti mama.Wajah mama kaku..Bibir mama pucat..Mama telah pergi meninggalkan aku..Pergi untuk selama-lamanya..

***********************

ku merenung pusara mama.Sayu dan pilu bermukim di hatiku.Alangkah bahagianya aku andai dapat aku putarkan kembali waktu yang telah pergi.Aku rindukan mama.Aku inginkan mama.Hingga ke saat ini aku masih mengingati mama.Aku kenal erti pengorbanan kerana mama.Mama yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan aku.Mata mama yang kini milikku,akan aku jaganya dengan sepenuh kasih sayang aku.Aku perlu akur dengan kepergiaan mama.Aku hanya mampu doakan ketenangan mama di sana.Sesungguhnya aku terasa begitu dekat dengan mama kerana aku melihat keindahan dunia ini dengan sepasang mata milik mama...
______________________________________

Pengajaran daripada Cerpen ini..

Jangan membenci ibu kita kerana dialah yang melahirkan kita ke dunia ini.Penat lelahnya membesarkan kita tidak pernah dipintanya balasan ..Cuma hargailah kedua-dua orang tuamu selagi mereka masih ada di dunia ini.Ibu dan ayah kita sanggup bekorban apa sahaja demi kebahagian kita.Sayangilah mereka dengan sepenuh jiwa dan ragamu.Sesungguhnya kasih dan pengorbanan mereka tidak terhitung nilainya jika dibandingkan dengan emas dan permata.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita sebagaimana firman Allah dalam surah AL-AHQAAF ayat ke-15 yang bermaksud:

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan bersusah payah (pula).Mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”

Nukilan Tinta:
Ratupelangi a.k.a Honeydewpinky
ratupelangidimana.blogspot.com
SHAHteMo_87

2 ulasan:

  1. Ratu..
    Ratu tulis sendiri eh cerita nh? cerita yang baik, menarik & menyentuh hati =)

    BalasPadam
  2. Ya..
    Ratu tulis sendiri cite ni...
    time kasih.(^^,)

    BalasPadam